KUALA LUMPUR - Polis menahan 17 individu bagi membantu siasatan insiden pergaduhan di kawasan Flat Lembah Jaya, Ampang Jaya, dekat sini awal pagi tadi.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian di Jalan 3, Lembah Jaya Utara itu pada jam 2.07 pagi."Anggota peronda telah diarahkan ke lokasi untuk menjalankan pemeriksaan, bagaimanapun mendapati tiada pergaduhan berlaku."Namun, terdapat sekumpulan orang awam berkumpul di lokasi dan bertindak menahan 17 individu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.Khairul Anuar berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan semua yang ditahan direman antara dua hingga ke tiga hari.Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.Terdahulu tular dua video di media sosial memaparkan sekumpulan individu berkumpul di kawasan tempat letak kereta flat berkenaan. - Bernama
17 individu ditahan di Flat Lembah Jaya

Key takeaways
Polis menahan 17 individu di Flat Lembah Jaya untuk membantu siasatan pergaduhan yang tidak berlaku.
- 17 individu ditahan di Flat Lembah Jaya awal pagi tadi.
- Pihak polis menerima laporan pergaduhan tetapi tidak menemui kejadian itu.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan dengan tempoh reman dua hingga tiga hari.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia 17 ditahan susulan pergaduhan tular di Lembah Jaya
- Harian Metro Gaduh di Flat Lembah Jaya: 17 direman bantu siasatan
- Berita Harian Pergaduhan di Flat Lembah Jaya : Polis tahan 17 individu
- Sinar Harian 17 individu ditahan di Flat Lembah Jaya (this story)








