AMPANG JAYA – Polis menahan seramai 17 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan insiden pergaduhan di Flat Lembah Jaya, Jalan 3, Lembah Jaya Utara di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam berhubung kejadian itu kira-kira pukul 2.07 pagi.

Katanya, anggota Unit Kereta Peronda (MPV) kemudian diarahkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Pemeriksaan mendapati tiada pergaduhan sedang berlaku ketika anggota tiba di lokasi, namun terdapat sekumpulan orang awam berkumpul di kawasan berkenaan. Seramai 17 indi