Petaling Jaya: Ibu hamil berdepan detik cemas apabila bersembunyi sejurus menyedari kedai emas berhampiran premisnya di Damansara Damai di sini, disamun lelaki bersenjatakan pedang.
Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Yani, 40-an, mendakwa ketika kejadian jam 1 tengah hari itu, dia yang hamil tiga bulan sedang bekerja di kedai pencuci mulut bersebelahan kedai emas itu.
"Saya terdengar kekecohan dan terus bersembunyi di belakang kaunter kerana terlalu takut. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
"Selepas lelaki itu beredar, baru saya mendengar pekerja kedai emas menjerit 'samun, samun'," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.









