Kota Bharu: Malaysia tidak akan menjadi negara miskin semata-mata kerana membantu golongan kurang bernasib baik, sebaliknya boleh menjadi lemah dan musnah akibat salah laku serta tadbir urus yang lemah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan kekal komited membantu golongan miskin dan rentan disamping memastikan pengurusan kewangan negara terus kukuh.

Beliau berkata, komitmen itu dicerminkan melalui keputusan kerajaan untuk menaikkan gaji penjawat awam, meskipun langkah itu membabitkan anggaran kos sebanyak RM18 bilion pada tahun 2026.

Menurut Anwar, bantuan kos sara hidup yang diperuntukkan pada tahun ini mencecah RM16 bilion, namun beliau menegaskan komitmen berkenaan tidak akan membebankan negara.