Kuala Lumpur: "Pada saya tidak perlulah nak membandingkan antara baba (ayah) dengan Zaki," kata penyanyi, Osama Yamani mempertahankan adiknya, Zaki Yamani.
Osama Yamani atau nama sebenarnya, Osama Yamani Jamal Ubaidillah, 25, berkata demikian sebagai mengulas komen peminat mengenai note suaranya dan Zaki yang dilihat tidak setanding dengan note suara ayah mereka di laman media sosial.
"Osama dapat Jamal punya high note, Zaki dapat Jamal punya low note. Hanya Jamal dapat dua-dua, low dan high note," tulis peminat itu.
Anak sulung kepada penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah ini berkata, dia tidak mahu perkara itu dijadikan perbandingan.









