KUALA LUMPUR: Menyedari populariti boleh menjadi pedang bermata dua, pelakon Zarif Ghazzi kini lebih berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk, terutama ketika menggunakan media sosial bagi mengelakkan jejak digital memakan diri.

Zarif berkata, kesedaran mengenai kesan jejak digital (digital footprint) membuatkan dia sentiasa menjaga tingkah laku, bukan sahaja di platform media sosial, malah dalam kehidupan seharian.

Katanya, semakin dikenali, semakin besar tanggungjawab yang perlu dipikul, terutama dalam memastikan setiap tindakan tidak mencalarkan reputasi diri serta nama baik keluarga.

"Saya sama saja, sebelum atau selepas popular. Saya memang tahu jejak digital ini sangat berbahaya kerana boleh memakan diri.