KOTA BHARU: Agensi kerajaan akan terus memberi perhatian pelaksanaan program bantuan usahawan kecil wanita, khususnya mereka yang berniaga di pasar dan menjalankan perniagaan sendiri.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata adalah langkah sama turut diberikan perhatian oleh kerajaan negeri Kelantan, iaitu program bantuan akan diberi tumpuan lebih kepada golongan wanita.
Katanya, langkah itu penting bagi memastikan wanita mendapat peluang yang lebih luas untuk mengembangkan perniagaan dan meningkatkan pendapatan keluarga.
"Wanita kerja tekun di pasar-pasar dan keduanya pengalaman kita menerusi Amanah Ikhtiar Malaysia, wanita kalau dia pinjam, hampir 99 peratus akan bayar balik. Orang lelaki ini kurang sikitlah (bayar), saya tidak tahu.








