KOTA BHARU: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM2.5 juta kepada beberapa masjid terpilih di Kelantan untuk dijadikan pusat dialisis.
Perdana Menteri berkata, peruntukan itu disalurkan menerusi Projek Dialisis Yayasan Waqaf Malaysia dengan kerjasama Radicare untuk memudahkan orang ramai menerima kemudahan dialisis.
"Ini kerana kemudahan dialisis jauh, jadi sekarang kita gunakan masjid sebagai pangkalannya dengan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.
"Peruntukan ini membabitkan beberapa masjid terpilih di Kelantan," katanya ketika berucap pada Majlis Sebarkan Salam dan Kota Bharu Berselawat di Dataran Muhammadi, di sini, hari ini.








