PEKAN : Kerajaan negeri menambah peruntukan untuk gerakan koperasi kariah masjid di negeri ini daripada RM600,000 kepada RM1 juta, tahun depan.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukkan itu akan dibentangkan dalam pembentangan belanjawan 2027 pada hujung November ini.
“Sebenarnya bila kita ada korporasi, memudahkan juga pihak kerajaan membantu menyalurkan dana kepada korporasi. Tahun lepas, kerajaan negeri memberi RM600,000 kepada semua koperasi-koperasi masjid dan tahun ini, insya-Allah akan tambah lagi nilai tersebut kepada RM1 juta.
“Jadi saya minta Pengerusi Koperasi (Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi dan Usahawan Pahang, Datuk Amizar Abu Adam) uruskan perkara ini untuk saya bentangkan dalam Belanjawan nanti,” katanya selepas Majlis Multaqa Wa Takrim Koperasi Kariah Masjid Negeri Pahang di sini, hari ini.









