PETALING JAYA: Beberapa kawasan di Lembah Klang dinaiki air dan dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pukul 4 petang tadi.
Menerusi perkongsian orang ramai di media sosial, antara kawasan yang terjejas ialah Bulatan Seratus, Klang yang didakwa sering dinaiki air ketika hujan lebat.
Seorang pengguna media sosial, allysa_zulkifli meluahkan rasa kecewa apabila hujan menyebabkan pergerakan orang ramai terganggu, termasuk untuk pulang dari tempat kerja.
“Bosannya, hujan je tak boleh nak balik, tak boleh nak gerak mana-mana,” katanya.








