PETALING JAYA: Signature International Berhad (Signature) memperluas perniagaannya daripada kabinet dapur premium kepada penyelesaian kediaman bersepadu menerusi pembukaan gedung pameran utama baharu, seiring usaha memenuhi permintaan pemilik rumah terhadap reka bentuk dan pengubahsuaian kediaman yang lebih menyeluruh.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature, Lau Kock Sang berkata, langkah itu mencerminkan evolusi syarikat selepas 32 tahun dalam industri, dengan kepakaran dalam reka bentuk dapur kini diperluas ke ruang kediaman lain menerusi konsep Kitchen & Beyond.
Menurutnya, pembukaan gedung pameran utama di Damansara Furnishing Centre, Kayu Ara, di sini, membolehkan pelanggan meneroka pelbagai penyelesaian kediaman di bawah satu bumbung, sekali gus memudahkan proses merancang dan melaksanakan projek kediaman.








