London: Penjaga gol Manchester United, Andre Onana terselamat dalam kemalangan ngeri apabila keretanya terbabit dalam insiden kemalangan dengan beberapa kenderaan.

Pemain antarabangsa Cameroon itu kini dipinjamkan kepada kelab Liga Super Turkiye, Trabzonspor.

Onana membantu pasukannya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Hearts dalam saingan Liga Konferens UEFA, dengan tidak membenarkan gawangnya dibolosi.

Bagaimanapun, Onana dan keluarganya berdepan detik mencemaskan ketika dia memandu pulang selepas perlawanan itu.