SIK: Pelajar lelaki Tingkatan Empat maut, manakala rakannya cedera parah selepas motosikal dinaiki mereka melanggar lori di Jalan Kerawai, di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua pelajar lelaki itu masing-masing berusia 15 dan 16 tahun dipercayai baru pulang dari sekolah kerana masih memakai pakaian seragam sekolah.

Ketua Polis Daerah Sik, Superintendan Syamzury Saman, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 2.50 petang membabitkan lori dengan motosikal.

Beliau berkata, kemalangan dipercayai ketika lori terbabit dari arah Jeniang menghala ke arah Kampung Kerawai, manakala motosikal yang dinaiki dua pelajar lelaki dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Enggang menghala ke Kampung Bandar Hilir, iaitu arah yang sama dengan lori.