KUALA LUMPUR: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dijangka tetap berdepan tekanan untuk menaikkan gaji pekerja susulan pelaksanaan kadar gaji minimum RM2,000 mulai Jun 2027, meskipun sektor itu diberikan pengecualian daripada kenaikan berkenaan.
Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr Ong Kian Ming, berkata tekanan itu dijangka timbul apabila syarikat besar mula menawarkan gaji minimum lebih tinggi, sekali gus meningkatkan persaingan mendapatkan dan mengekalkan pekerja dalam pasaran buruh.
Beliau yang juga Prof Adjung di Universiti Taylor's berkata, walaupun PMKS tidak diwajibkan melaksanakan kadar gaji minimum baharu itu, majikan dalam sektor berkenaan mungkin terpaksa mempertimbangkan kenaikan gaji bagi mengelakkan pekerja mereka beralih kepada syarikat lebih besar.







%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F06%2Fa9df8f3695024ee40f185cbef82b76db.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

