lizamridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan daripada pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM2,000 yang berkuat kuasa mulai Jun 2027.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengecualian itu diberikan bagi memberi ruang kepada PMKS menyesuaikan model perniagaan masing-masing.

Kerajaan turut memperketat syarat tuntutan potongan cukai bagi perbelanjaan gaji oleh syarikat selain PMKS bagi mengekang pengambilan pekerja asing tanpa izin.

Di bawah langkah itu, potongan cukai bagi perbelanjaan gaji hanya dibenarkan sekiranya pembayaran dibuat melalui akaun bank, selaras dengan saluran yang dibenarkan di bawah Akta Kerja 1955.