SINGAPURA: Firefly melanjutkan pembatalan penerbangan berjadual antara Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dan Lapangan Terbang Seletar di Singapura hingga 14 Oktober ekoran cuaca dan keadaan jerebu semasa.
Syarikat penerbangan tambang murah itu, yang merupakan anak syarikat milik penuh Malaysia Airlines, sebelum ini telah membatalkan semua penerbangan antara Subang dan Seletar dari 10 hingga 12 Oktober sebagai langkah berjaga-jaga demi keselamatan.
Dalam satu nasihat perjalanan, syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa pembatalan itu melibatkan enam perkhidmatan harian iaitu FY3122 dan FY3123, FY3124 dan FY3125, FY3126 dan FY3127, FY3128 dan FY3129, FY3130 dan FY3131, serta FY3132 dan FY3133.









