London: Mikel Arteta mengesahkan Piero Hincapie dan Martin Zubimendi akan terlepas aksi Liga Juara-Juara menentang Lille selepas kedua-duanya mengalami kecederaan buku lali ketika sesi pemulihan selepas kemenangan Arsenal ke atas Leeds, Sabtu lalu.

Pertahanan Ecuador, Piero Hincapie yang masuk sebagai pemain gantian ketika Arsenal menang 2-1 di Emirates, terpaksa diusung keluar padang selepas mengalami kecederaan dalam sesi selepas perlawanan itu.

Pengurus Arsenal, Arteta berkata dalam sidang media pra-perlawana hari ini bahawa pemain tengah Sepanyol, Zubimendi turut mengalami kecederaan ketika sesi pemulihan berkenaan.

"Kami sudah merancang sesi latihan selepas perlawanan untuk pemain yang tidak mendapat minit permainan mencukupi supaya semua pemain dapat berehat pada Ahad dan kembali mendapatkan rentak yang betul.