LONDON: Arsenal berdepan masalah kecederaan berganda selepas Piero Hincapie dan Martin Zubimendi terlepas sesi latihan menjelang aksi Liga Juara-Juara menentang Lille.
Kedua-dua pemain terbabit mengalami kecederaan semasa sesi menyejukkan badan susulan kemenangan 2-1 ke atas Leeds, Sabtu lalu.
Hincapie mengalami kecederaan buku lali dan terpaksa diusung keluar dari padang Stadium Emirates.
Rakaman di media sosial menunjukkan pemain kebangsaan Ecuador itu berada dalam kesakitan dan terhincut-hincut sambil memegang buku lali kanannya.








