PASIR MAS: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua maut dipercayai disambar petir semasa sedang memancing di tali air dekat Kampung Tasek Berangan, Repek, petang tadi.
Mangsa berusia 14 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.
Difahamkan semasa kejadian, mangsa bersama tiga rakan termasuk sepupunya memancing di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mazlan Hassan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu setakat ini.-UTUSAN









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2022%2F06%2Fa9df8f3695024ee40f185cbef82b76db.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)