ALOR SETAR: Polis Kedah berjaya membongkar kegiatan penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai Biro Penyiasatan Pusat (CBI) India susulan 48 suspek termasuk tujuh warga tempatan diberkas dalam operasi di Kulim, Jumaat lalu.
Antara yang dirampas adalah tiga helai seragam polis India, topi pegawai, bendera negara berkenaan, bendera CBI India dan papan berlogo polis India yang digunakan untuk memperdayakan mangsa.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, sindiket yang beroperasi sejak penghujung Ogos lalu sudah berjaya mengaut kira-kira RM1.4 juta hasil penipuan terhadap 73 mangsa yang kesemuanya warga India di negara berkenaan.
“Mereka menggunakan aplikasi Telegram untuk berkomunikasi dan menguruskan aktiviti, berdasarkan analisa skrip penipuan yang dirampas, modus operandi sindiket ini adalah memperdaya m








