PETALING JAYA: Dua penerbangan Malaysia Airlines dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Arab Saudi dibatalkan hari ini.

Menurut paparan papan maklumat penerbangan (FIDS) di KLIA, pembatalan itu membabitkan penerbangan MH156 ke Jeddah yang dijadualkan berlepas pada pukul 3.05 petang dan MH158 ke Madinah pada pukul 5.10 petang.

Sementara itu, penerbangan Saudia SV835 ke Madinah turut mengalami kelewatan dengan waktu berlepas yang dijadualkan pada pukul 5.35 petang dianjak kepada 6.40 petang.