PETALING JAYA – Seorang pengguna Threads meluahkan rasa sedih selepas penerbangan keluarganya dari Senai ke Jeddah dibatalkan pada saat akhir.

Menerusi perkongsian the.yie di media sosial, penerbangan Malaysia Airlines MH154 yang dijadualkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada pukul 2.50 petang esok dibatalkan.

“Allah, ujian buat kami sekeluarga. Penerbangan kami dibatalkan, Senai-Jeddah. Doa urusan kami dipermudahkan,” katanya.

Notis daripada Malaysia Airlines memaklumkan bahawa bagi pembatalan operasi biasa, aturan perjalanan alternatif akan disediakan dalam tempoh tiga jam.