KUALA LUMPUR: Kinergy Advancement Bhd memperoleh kontrak bernilai RM47.5 juta daripada Gamuda Engineering Sdn Bhd bagi pakej elektrikal pembangunan pusat data berskala besar di Port Dickson.
Menerusi perjanjian berkenaan, pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja kejuruteraan, pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan infrastruktur elektrikal teras dan struktur utama bagi pembangunan pusat data itu.
Skop kerja itu merangkumi infrastruktur pengagihan elektrik voltan tinggi dan voltan rendah, pencawang dan suis gear, transformer, pendawaian kabel, pengagihan kuasa, pencahayaan, sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), kemudahan pengecasan kenderaan elektrik (EV), serta sistem kawalan dan antara muka berkaitan, katanya dalam satu kenyataan hari ini.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F04%2F3c618e5012b6603c919dda10765ba5a8.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
