KUALA LUMPUR: Semua sekolah di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Putrajaya ditutup, esok susulan dilanda jerebu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, penutupan itu turut membabitkan sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, Petaling Perdana, Kuala Langat dan Sepang di Selangor serta sekolah di PPD Kuantan dan PPD Rompin, Pahang.

"Sekolah di Kuala Lumpur, Labuan, Kedah, Kelantan, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Sabah dan Sarawak beroperasi seperti biasa.

"Begitu juga sekolah di daerah lain di Selangor dan Pahang yang tidak terbabit dengan penutupan," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.