KUALA LUMPUR: Kemaraan ke separuh akhir Terbuka Artik menjadi suntikan keyakinan buat Lee Zii Jia untuk meneruskan kebangkitan dengan pemain perseorangan lelaki negara itu berharap momentum berkenaan dapat dibawa ke kejohanan seterusnya dalam Jelajah Dunia.
Pemain profesional negara itu mempamerkan peningkatan prestasi di Vantaa, Finland apabila bermula dari pusingan kelayakan sebelum melangkah ke kelompok empat terbaik, sekali gus memberi petanda positif dalam usahanya kembali ke tahap terbaik.
Bagaimanapun, perjalanan Zii Jia terhenti di separuh akhir selepas tewas kepada pemain Denmark, Anders Antonsen yang berada di ranking keenam dunia dan kemudian muncul juara kejohanan itu.
"Banyak perkara positif yang boleh saya ambil daripada minggu ini. Dari satu perlawanan ke satu perlawanan, saya memperoleh banyak keyakinan dan berharap dapat membawanya ke kejohanan akan datang," katanya menerusi perkongsian di media sosial BWFEurope.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2021%2F12%2F240cb077442561630084fe46194c85ac.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)