SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir memutuskan untuk tidak berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi memberikan tumpuan kepada urusan negeri iaitu Istiadat Menzahirkan Kejadian Undang Luak Jelebu.

Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali, dalam kenyataan hari ini menjelaskan bahawa kehadiran Tuanku Muhriz ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan.

"Merujuk kepada laporan media tersiar pada hari ini, bahawa Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dilaporkan telah menerima jemputan untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, Istana Negeri Sembilan ingin menjelaskan bahawa kehadiran ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja tidak memerlukan jemputan.