PUTRAJAYA: Cadangan pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) bagi mewajibkan pemandu yang berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah membayar pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya dijangka dibentangkan pada persidangan pertama Parlimen tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata Jemaah Menteri meluluskan dasar itu secara prinsip beberapa bulan lalu dan Kementerian Pengangkutan (MOT) kini sedang menyediakan kertas dasar serta draf rang undang-undang bersama Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Bahagian Pengangkutan Darat sedang menyediakan kertas dasar dan rang undang-undang berkenaan. Bagaimanapun, proses itu akan mengambil sedikit masa sebelum dapat dibentangkan di Parlimen kerana membabitkan pelbagai pertimbangan teknikal.