KUALA LUMPUR: Prestasi ekonomi negara yang semakin mengukuh perlu diterjemahkan kepada peningkatan kesejahteraan rakyat supaya pertumbuhan pada peringkat makroekonomi dapat dirasai dalam kehidupan seharian rakyat, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Johan Mahmood Merican, berkata pencapaian ekonomi yang baik tidak semestinya bermakna rakyat turut merasakan peningkatan taraf hidup, sekali gus memerlukan pelaksanaan dasar yang lebih berfokus kepada keperluan sebenar masyarakat.
"Cabaran utama Belanjawan 2027 adalah untuk memastikan kejayaan yang dicapai pada peringkat makroekonomi dapat diterjemahkan kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat, memandangkan pencapaian negara setakat ini dilihat belum sepenuhnya mencerminkan pengalaman dan persepsi masyarakat.









