AYER KEROH: Wanita tiga anak didenda RM5,000 selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan termasuk melacurkan diri dengan menawarkan khidmat seks dengan caj RM20 di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, di sini, hari ini.

Keputusan itu dibuat Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah, Abu Bakar Mohd Daud, selepas tertuduh, Ika Sitepu, 38, seorang warga Indonesia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan berkenaan.

Mahkamah menetapkan denda RM3,000 bagi kesalahan melacurkan diri dan RM2,000 bagi kesalahan berkurung (berkhalwat) dalam keadaan yang mendatangkan syak dengan lelaki bukan mahram.

Tertuduh turut diperintahkan menjalani hukuman penjara selama enam bulan bagi kedua-dua kesalahan sekiranya gagal membayar denda.