JAKARTA – Percubaan seorang pelajar universiti menyeludup masuk empat kilogram dadah jenis syabu dari Port Dickson, Malaysia ke Indonesia gagal apabila dia diberkas pihak berkuasa di Tanjung Balai, wilayah Sumatera Utara pada Sabtu lalu, lapor laman berita Kumparan.

Suspek lelaki berusia 21 tahun dikenali sebagai DO itu ditahan sejurus tiba di Terminal Ketibaan Feri Antarabangsa Teluk Nibung, sekitar pukul 4.30 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Ketua Pejabat Cukai dan Kastam Teluk Nibung berkata, penahanan suspek yang berasal dari Medan Denai itu dibuat hasil pemprofilan penumpang serta imbasan mesin sinar-X menunjukkan barang mencurigakan pada beg pakaian dibawanya.

“Pemeriksaan fizikal secara terperinci dengan disaksikan sendiri oleh suspek menemukan lapan bungkusan plastik lutsinar mengandungi kristal putih yang disembunyikan secara rapi di dalam dinding khas beg pakaian suspek.