ISKANDAR PUTERI – Belum reda kebimbangan berhubung kes kanak-kanak perempuan berusia dua tahun diserang anjing di Batu Pahat, seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lapan anjing liar di Lima Kedai di sini, petang hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang itu, mangsa diserang ketika bermain di taman permainan berhampiran flat perumahan murah di kawasan berkenaan.
Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata, leher, kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad berkata, kejadian itu amat membimbangkan dan tindakan segera perlu diambil pihak berkuasa bagi menangani masalah anjing liar yang mengancam keselamatan penduduk.










%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2026%2F01%2F9b9a5580ddb583f4be41effb0ba0c77e.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)