PETALING JAYA – Golden Destinations Group Berhad (Golden Destinations) kurator pengalaman pelancongan keluar perkhidmatan penuh, memeterai perjanjian jual beli saham untuk memiliki 70 peratus pegangan ekuiti dalam Double Happiness Holidays Limited (Double Happiness).
Double Happiness adalah sebuah agensi agensi pelancongan berlesen di Hong Kong.
Pemilikan pegangan ini menandakan kemasukan Kumpulan ke dalam pasaran pelancongan keluar Hong Kong, mewujudkan peluang baharu untuk memperluaskan model pelancongan perniagaan-ke-perniagaan (B2B) yang mantap dan menjangkau pangkalan pelanggan serantau yang lebih luas.
Setelah urusan pengambilalihan selesai, Double Happiness dicadangkan untuk dinamakan semula sebagai Golden Destinations (HK) Limited, mencerminkan pengembangan Kumpulan ke pasaran Hong Kong.








%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F54bd69c215315b7aeab0b61a18541b8a.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)

