ISKANDAR PUTERI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lapan anjing liar ketika bermain di taman permainan berhampiran flat perumahan Lima Kedai di sini, petang Isnin.Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa mengalami kecederaan pada bahagian mata, leher, kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad berkata, kejadian itu amat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan penduduk setempat.Menurutnya, langkah berkesan perlu diambil bagi menangani masalah anjing liar yang boleh mengancam keselamatan orang awam, terutama kanak-kanak yang menggunakan kemudahan awam di kawasan perumahan.Pandak yang turut melawat mangsa berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya dengan segera bagi mengelakkan kejadian sama berulang.Insiden terbaharu itu menambah kebimbangan orang ramai berhubung ancaman anjing liar, susulan kejadian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang cedera parah selepas diserang lima anjing di Kampung Tambak, Batu Pahat, pada 5 September lalu.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, Nur Haira Wafiqah Muhammad Hamizi mengalami kecederaan parah hampir seluruh badan akibat diserang sekumpulan anjing liar di hadapan rumahnya.Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan awal sebelum dipindahkan ke HSA bagi pembedahan pakar lanjutan.
Budak lelaki 7 tahun cedera parah diserang lapan anjing liar

Key takeaways
Seorang budak lelaki 7 tahun cedera parah selepas diserang lapan anjing liar di taman permainan.
- Kanak-kanak lelaki 7 tahun cedera parah di mata, leher, kepala dan badan.
- ADUN Kota Iskandar meminta tindakan segera untuk tangani anjing liar.
- Kebimbangan berkenaan anjing liar meningkat selepas kejadian sebelum ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Pelajar 19 tahun maut dipercayai dibunuh teman lelaki di rumah sewa
- Utusan Malaysia Lelaki 84 tahun cedera, kren terbalik hempap bumbung asrama
- Berita Harian Budak 11 tahun maut terkena tembakan
- Utusan Malaysia Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang sekumpulan anjing liar
- Sinar Harian Budak lelaki 7 tahun cedera parah diserang lapan anjing liar (this story)









