GOMBAK – Janin bayi yang dianggarkan berusia 24 minggu ditemukan di kawasan pembuangan sampah di Jalan OS 1/4, One Selayang, di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ibrahim Husin berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada pukul 7.20 malam."Polis telah membuka satu kertas siasatan bagi menyiasat kejadian berkenaan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan iaitu menyembunyikan kelahiran dengan cara membuang secara sulit mayat kanak-kanak, sama ada kanak-kanak itu mati sebelum, semasa atau selepas dilahirkan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Ibrahim berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan."Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak menerusi talian 03-6126 2222 atau pegawai penyiasat, Inspektor S. Prakash di talian 012-294 0827," katanya.
Janin bayi ditemukan di tempat pembuangan sampah

Key takeaways
Seorang janin bayi berusia 24 minggu ditemui di tempat pembuangan sampah di Gombak.
- Polis membuka siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.
- Orang awam diminta memberi maklumat kepada polis untuk membantu siasatan.
- Talian hotlini disediakan untuk laporan lanjut.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Restoran Arab sorok minyak peket di tempat sampah
- Utusan Malaysia Wanita simpan mayat bayi sebelum buang dalam tong sampah
- Sinar Harian Janin bayi ditemukan di tempat pembuangan sampah (this story)








