KOTA KINABALU - Polis merampas 42 senapang angin pelbagai jenama berserta 456 kotak kecil peluru dan menahan seorang pekebun kelapa sawit di sebuah pondok dalam operasi di Sook, Keningau semalam.Ketua Polis Daerah Keningau Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata dalam Ops Laras itu, suspek lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan lesen atau permit sah berhubung pemilikan kesemua senjata berkenaan."Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menjalankan aktiviti penjualan senapang angin pada harga antara RM350 hingga RM500 selaras di sekitar daerah Keningau."Peluru berkenaan pula dipercayai dijual pada harga RM30 hingga RM50 bagi setiap pek yang mengandungi 10 kotak kecil. Selain itu, polis turut merampas lima beg senjata bercorak celoreng," katanya dalam kenyataan pada Isnin.Erwansyah berkata, pihak polis kini sedang menyiasat sumber bekalan dan kemungkinan penglibatan rangkaian pembekalan senjata berkenaan dari luar negara.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971. - Bernama
Polis rampas 42 senapang angin, tahan pekebun sawit

Key points
- KOTA KINABALU - Polis merampas 42 senapang angin pelbagai jenama berserta 456 kotak kecil peluru dan menahan seorang pekebun kelapa sawit di sebuah pondok dalam operasi di Sook, Keningau semalam.
- Ketua Polis Daerah Keningau Superintenden Erwansyah Abdul Basir berkata dalam Ops Laras itu, suspek lelaki tempatan berusia 50 tahun ditahan selepas gagal mengemukakan lesen atau permit sah berhubung pemilikan kesemua senjata berkenaan.
- Selain itu, polis turut merampas lima beg senjata bercorak celoreng,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Kes bunuh pelajar: Polis tahan reman seorang remaja lelaki 6 hari
- Harian Metro Kes bunuh Irene Sofiya: Polis rampas batang besi
- Sinar Harian Polis rampas 42 senapang angin, tahan pekebun sawit (this story)
- Berita Harian Pekebun sawit diberkas, 42 laras senapang angin dirampas








