ISKANDAR PUTERI: Seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas diserang sekumpulan anjing liar ketika bermain di taman permainan berhampiran flat di Lima Kedai, Gelang Patah di sini, hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad, berkata dalam kejadian jam 3 petang itu, mangsa berusia tujuh tahun dipercayai diserang lapan ekor anjing liar.

"Akibat kejadian, mangsa cedera di bahagian mata, leher, kepala dan badan.

"Mangsa dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru, di sini untuk rawatan lanjut," katanya di sini.