KUALA LUMPUR: LAC Med Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, LAC Medical Supplies Sdn Bhd (LMS), memeterai kontrak selama tujuh tahun bernilai sehingga RM20 juta dengan Health Capitol Specialist Centre Sdn Bhd (HCSC) untuk menyediakan penyelesaian pengimejan perubatan bersepadu.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia penyelesaian teknologi perubatan bersepadu itu memaklumkan kontrak berkenaan merangkumi integrasi teknologi pengimejan diagnostik canggih, perisian dan sistem, aplikasi klinikal serta latihan, penyelenggaraan dan sokongan teknikal sepanjang tempoh tujuh tahun.
"Projek ini merupakan pencapaian penting untuk LAC Med beralih ke arah kerjasama dalam teknologi perubatan bersepadu jangka panjang, sekali gus membuktikan keupayaan kumpulan itu merealisasikan strategi perkhidmatan berulang kepada pelaksanaan komersial.








