PASIR MAS: Pelajar lelaki Tingkatan Dua maut, dipercayai disambar petir ketika memancing di tali air di Kampung Tasek Berangan, Repek, petang tadi.

Mangsa berusia 14 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Pasir Mas.

Difahamkan, ketika kejadian, mangsa bersama tiga yang lain iaitu rakan serta sepupunya memancing di kawasan berkenaan, kira-kira dua kilometer (km) dari rumahnya.

Bagaimanapun selepas hujan lebat, mangsa dan yang lain bersiap untuk pulang sebelum mangsa dipanah petir.