KUALA LUMPUR: Agrobank akan menanggung 50 peratus kos pengajian pekerjanya yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) bermula tahun ini.

Ia menyambut baik usaha kerajaan untuk memperkasa pembangunan kerjaya penjawat awam dengan menanggung 50 peratus kos pengajian pada peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) menerusi program Accreditation of Prior Experiential Learning for Qualification (APEL Q).

Menerusi inisiatif itu, baki 50 peratus kos pengajian boleh dibiayai melalui Staff Educational-i Financing Program yang menawarkan pembiayaan sehingga RM50,000 atau baki kos sebenar pengajian, mengikut mana-mana yang lebih rendah.

Kemudahan pembiayaan berkenaan turut menawarkan kadar keuntungan sifar peratus sepanjang tempoh pembiayaan.