BENTONG: Pelajar universiti berusia 18 tahun menyerahkan wang tunai dan barang kemas milik ibu bapanya bernilai RM32,115, selepas diperdaya sindiket penipuan menyamar sebagai pegawai polis.
Mangsa yang menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 7 Oktober lalu diugut kononnya terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan akan ditahan jika gagal mematuhi arahan diberikan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Azmi Mahmood berkata, mangsa kemudian diarahkan mengambil wang tunai serta barang kemas milik ibu bapanya bagi tujuan kononnya menyelesaikan kes berkenaan.
"Akibat takut dengan ugutan berkenaan, mangsa menyerahkan wang tunai RM6,115 bersama barang kemas dianggarkan bernilai RM26,000 kepada seorang wanita memakai pelitup muka berhampiran sebuah pasar raya di Karak.








