Bentong: Penuntut universiti menyerahkan wang tunai dan barang kemas milik ibu bapanya berjumlah RM32,115 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis.

Mangsa yang menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali pada 7 Oktober lalu diugut kononnya terbabit dalam kes pengubahan wang haram dan akan ditahan jika gagal mematuhi arahan diberikan.

Pemangku Ketua Polis Daerah Bentong Deputi Superintendan Azmi Mahmood berkata, mangsa kemudiannya diarahkan mengambil wang tunai serta barang kemas milik ibu bapanya bagi tujuan kononnya menyelesaikan kes berkenaan.

"Akibat takut dengan ugutan berkenaan, mangsa menyerahkan wang tunai sebanyak RM6,115 bersama barang kemas dianggarkan bernilai RM26,000 kepada seorang wanita yang memakai pelitup muka berhampiran sebuah pasar raya di Karak.