Kuala Lumpur: Hasrat seorang lelaki menyambut hari lahirnya tahun ini sambil mengerjakan umrah tidak kesampaian apabila mengambil keputusan membatalkan perjalanan ke Mekah susulan keadaan keselamatan yang semakin meruncing.

Mohd Farid Ab Aziz, 36, berkata, dia sepatutnya berlepas pada 4 Disember ini dan segala persiapan untuk perjalanan berkenaan sudah dilakukan.

Bagaimanapun, dia mengambil keputusan membatalkan perjalanan itu atas inisiatif sendiri selepas melihat video lapangan terbang di Riyadh diserang.

"Ini adalah kali kedua saya merancang perjalanan ke sana (Mekah) seorang diri, manakala kunjungan pertama dilakukan pada hujung tahun lalu bersama ahli keluarga.