Pasir Mas: "Ketika kilat menyambar, kami berempat jatuh terbaring dan ketika itu saya lihat badan Ziad berasap," kata Haziq Qayyum Rosli, 12.
Haziq Qayyum adalah sepupu kepada pelajar Tingkatan Dua, Muhammad Ziad Zikri Abdul Hadi, 14, yang maut disambar petir ketika memancing di kawasan bendang di Kampung Tasek Berangan jam 4.30 petang.
Dia yang turut cedera di belakang bahu kanan itu berkata, ketika kejadian mereka sedang berjalan ke arah motosikal untuk pulang kerana hujan lebat secara tiba-tiba.
"Kami tiba di bendang jam 4 petang. Namun cuaca tiba-tiba hujan dan saya mengajak Ziad serta rakan lain balik kerana risau hujan semakin lebat, ketika itu masih tiada kilat.









