TEL AVIV: Sekurang-kurangnya seorang pendaki terbunuh manakala 19 yang lain cedera pada Isnin apabila bahan letupan yang belum meletup meledak berhampiran sempadan utara Israel dengan Lubnan, menurut laporan media Israel.
Akhbar harian Yedioth Ahronoth melaporkan seorang daripada pendaki yang cedera dalam letupan ketika menyertai lawatan tahunan sekolah itu meninggal dunia, memetik perkhidmatan kecemasan MDA.
Ketika kejadian, sekumpulan pelajar sekolah menengah atas Israel melakukan aktiviti mendaki berhampiran sempadan Lubnan. Letupan itu dipercayai berpunca daripada bahan letupan yang belum meletup, menurut pegawai.
Tentera Israel berkata, anggota tentera dan helikopter dihantar ke lokasi kejadian di utara Israel, wilayah yang menjadi tempat tentera Israel melancarkan serangan bertubi-tubi ke atas Lubnan, manakala pejuang Hizbullah di negara itu sesekali melancarkan roket merentasi sempadan.








