BELURAN - Seorang guru maut manakala tiga lagi pelajar bersamanya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Pamol, Sapi Nangoh di sini pada Khamis.Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang belum diketahui identiti sebelum itu dilaporkan cedera parah sebelum dikatakan telah meninggal dunia.Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beluran, NurAzlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.23 tengah hari.Katanya, seramai lima anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 104 kilometer dari BBP Beluran."Kemalangan melibatkan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan dan kenderaan utiliti lasak (SUV) jenis Perodua Aruz."Mangsa di dalam Toyota Hilux seramai empat orang dilaporkan mengalami cedera ringan dan tidak memerlukan rawatan lanjut namun mangsa di dalam Perodua Aruz terdiri daripada seorang guru merupakan pemandu wanita berusia 25 tahun dilaporkan mengalami kecederaan parah dan tiga lagi penumpang iaitu pelajar mengalami kecederaan ringan," katanya dalam kenyataan.Katanya lagi, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Nangoh untuk rawatan lanjut."Tiada operasi penyelamatan dijalankan oleh pasukan bomba di lokasi kerana kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum anggota tiba."Pasukan bomba hanya menjalankan pemantauan serta mendapatkan maklumat berkaitan kejadian. "Setelah memastikan keadaan di lokasi adalah selamat dan terkawal, operasi ditamatkan," katanya.
Guru maut, tiga pelajar cedera kemalangan

Key takeaways
Seorang guru maut dan tiga pelajar cedera dalam kemalangan di Jalan Pamol, Beluran.
- Kemalangan melibatkan Toyota Hilux dan Perodua Aruz.
- Guru wanita berusia 25 tahun cedera parah dan meninggal dunia.
- Orang awam menyelamatkan mangsa sebelum pasukan bomba tiba.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Updated
- October 8, 2026 at 1:00 PM UTC
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Wanita cedera, anak dalam kandungan maut kemalangan
- Harian Metro Guru wanita maut, tiga murid cedera nahas di Beluran
- Berita Harian Guru maut, 3 murid cedera kemalangan pergi perkhemahan
- Sinar Harian Guru maut, tiga pelajar cedera kemalangan (this story)









