KAJANG: Tembok penahan setinggi lima meter dipercayai runtuh susulan hujan lebat menyebabkan kejadian tanah runtuh dan menimbus enam kenderaan yang diletakkan di sepanjang Jalan Nilam di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tiga kereta dan tiga motosikal rosak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata siasatan awal mendapati tembok penahan berkenaan dipercayai gagal menahan pergerakan tanah susulan hujan lebat yang bermula kira-kira jam 3 petang.

"Runtuhan itu menyebabkan tanah menimbus beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan terjejas.