SHAH ALAM: Pemandu lori yang merempuh 11 kereta di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, Jumaat lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, esok.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, lelaki berkenaan akan dituduh mengikut Seksyen 44(1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Esok OKT (orang kena tuduh) yang ditahan berkait kes kemalangan membabitkan 12 kenderaan di persimpangan lampu isyarat Alam Budiman akan dituduh mengikut Seksyen 44(1A) (a) APJ 1987 di Mahkamah Majistret Shah Alam," katanya ringkas, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan empat individu cedera, termasuk seorang lelaki parah, dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah lori 10 tan.









