Shah Alam: Pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan dalam kemalangan di lampu isyarat simpang tiga Alam Budiman, Persiaran Mokhtar Dahari, di sini, semalam didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Lelaki berusia 51 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan selepas ujian air kencing yang dijalankan terhadapnya didapati positif kedua-dua jenis dadah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kemalangan pada 4.20 petang itu membabitkan 12 kenderaan, termasuk lori dipandu lelaki terbabit.

"Berdasarkan siasatan awal, pemandu lori itu mendakwa kenderaannya mengalami masalah brek ketika menuruni bukit dari arah Puncak Perdana menghala ke Puncak Alam sebelum hilang kawalan.