KUALA LUMPUR: Seorang lelaki cedera terkena tembakan polis selepas memandu secara agresif dan melanggar kenderaan awam ketika dikejar kereta peronda polis dari Persiaran Mahogani, Petaling Jaya menghala ke Sungai Buloh, semalam.

Suspek lelaki tempatan berusia lingkungan 30-an yang memandu Proton Wira itu berjaya diberkas, manakala seorang anggota peronda polis turut cedera.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada jam 6.42 petang, semalam.

"Dalam kejadian itu, suspek memandu secara agresif dan berbahaya serta melanggar kenderaan awam sebelum berjaya ditahan polis.