Kathmandu: Presiden Nepal pada Jumaat memendekkan tempoh menunggu untuk mengisytiharkan mangsa bencana yang hilang sebagai meninggal dunia, daripada 12 tahun kepada kira-kira 45 hari, ketika ribuan orang masih belum ditemukan selepas banjir dahsyat melanda negara Himalaya itu.

Banjir berpunca daripada runtuhan glasier dan ais di kawasan sempadan China-Nepal pada 26 Ogos lalu.

Limpahan air banjir seperti tsunami melanda beberapa daerah, memusnahkan jalan raya, jambatan dan empangan hidroelektrik selain mengorbankan lebih 1,400 orang.

Lebih 5,000 orang masih dilaporkan hilang termasuk ratusan warga asing.